Friday, December 26, 2008

Building site in Chinese?

The following is one of the recent and actual Q&A (in Malay language) via email with regards to our products, and reseller program. If you have other question(s) to ask, feel free to ask away... (use the comment form here)

> Kepada 1oasis:

>
> Salam. Saya berasa minat terhadap program reseller. Selepas saya
> membuat beberapa percubaan tentang DEMO SITE BULDER, disini saya ingin
> membuat sedikit pertanyaan seperti berikut:

Terima kasih, dan kami mengalu-alukan penyertaan anda sebagai rakan niaga kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman http://partner.1oasis.net


> 1) Saya cuba menggunakan sitebuilder untuk membina laman web dalam
> Bahasa Cina, tetapi HEADERnya tidak dapat preview dengan betul...
> (sila rujuk kepada lampiran)
>

Maaf tapi buat masa ini, program text-to-graphic di Header tidak menyokong Bahasa Cina. Tapi, kami akan ajukan permintaan sebegini untuk kumpulan teknikal kami usahakan nanti.


> 2) Semua gambar dalam laman web boleh ditukar? (Saya tidak dapat
> membuat percubaan, kerana sistem minta register user sahaja yang dapat
> membuat pertukaran tersebut)

Untuk setiap template, ada beberapa pilihan untuk menukarkan gambar-gambar dan warna-warna tertentu. Anda boleh cuba dengan lebih sekiranya mengaktifkan akaun anda dan produk ini. Kami menawarkan jaminan wang kembali selama 30-hari untuk membolehkan anda mencuba produk versi penuh secukupnya, dan sekiranya tidak sesuai, boleh dibatalkan untuk "full refund".

> 3) Apakah bayaran untuk menjadi RESELLER?

Tiada caj. Cuma kami mensyaratkan top-up minimum sebanyak RM200 untuk membolehkan anda gunakan untuk pembayaran produk yang dipesan oleh anda sendiri atau pelanggan anda. Seperti yang diwartakan di laman web, harga untuk produk-produk kami akan ditawarkan lebih rendah bergantung kepada jumlah top-up atau bilangan jualan produk-produk
tertentu.

Rujuk http://partner.1oasis.net/reseller.php?action=pricing


> 4) Bolehkah saya membuat PASSWORD SETTING untuk page yang berlainan?
> (Pelanngang saya minta supaya setiap bahagian (web) diuruskan oleh
> pengurus yang berlainan, dan mereka hanya boleh EDIT webpage mereka
> sahaja?

Maaf, fungsi ini belum diimplementasi lagi utk website builder kami. Untuk fungsi-fungsi 'advance', mungkin CMS seperti Joomla, Worldpress dan PHPnuke dan sebagainya boleh digunakan - terdapat 1-click install untuk pakej hosting kami seperti di laman ini: http://domain.1oasis.net/hosting.php - rujuk PowerTools


> 5) Bolehkah saya menentukan BAYARAN yang dikenakan untuk pelanggan saya?

Ya. Anda boleh menentukan harga setiap produk di laman control panel di http://cp.1oasis.net/reseller



> 6) Bolehkan sistem RESELLER ini dapat membantu saya dalam pengurusan
> business internet ini? Saya tidak mempunyai pengetahuan & teknik
> programming! :)

Anda tidak memerlukan kemahiran programming untuk perniagaan domain & penghosan ini. Tugas kami ialah membantu anda untuk hal-hal teknikal dan pengurusan. Kami juga telah menyediakan beberapa video/slidecast untuk hal-hal pengendalian control panel anda.

No comments:

Post a Comment

Hot phrases for that new domain!

Sedo Domain News

More Readings

Domains Resale Specials

1Oasis @ Twitter